Monday, June 28, 2010

Afiqah Najwa


Dari mula mengandung sampai sehari before bersalin duk cari nama tuk dia ni, sbb mmg tak scan utk tau baby gurl ke boy. Nama baby boy dah ada, nama baby gurl yg penin sikit. Waktu tu musim cerita "Bawang Putih Bawah Merah" ade gakla terkeluar idea nak bagi nama 'alya' si bawang merah.. hehe...
Sudahnya bila baby dah lahir barula dapat nama AFIQAH NAJWA. Aku suka sgt dgn nama ~najwa~ afiqah tu husband yg pilih. Nama panggilan 'wawa'.
kecik2 muka serius memanjang. La.. ni..mentel dia..emm.. semua benda nak warna pink.... bag sekolah nak pink... ade 'Barbie'. Wawa ni gigi sepesyen ngan Aniq... kena mkn tikus.. mulut tak berhenti bercakap. Dalam tido mimpi 'bercakap' gak.. Orang kate dah besar 'pendiam'

Wawa ni cipta sejarah..dlm 4 beradik, dia je la yg lahir normal..pastu kuar2 4.07kg.. emm sakan ;).

Thursday, June 24, 2010

Aniq Fathullah

Ni permata hati pertama... umur 5 tahun
baru tadika.. Aniq ni sensitif sikit.... mudah menangis... mudah gak ketawa... kulit pun sensitif... dah kena rendam dlm kolam air panas kat Baling, Kedah baru nmpk ok sikit.
Kalau tak kesian tengok kulit dia...

Aniq ni masalah paling besar dia adalah.. susah nak mkn, lagi-lagi nasi.. mkn 4 ke 5 suap je nasi.. tapi suka mkn roti..
pagi petang siang mlm mintak roti n kaya.. kalau roti takde dia bedal kaya jer... tu yg gigi pun naik ranap...

Kalau abah ngan ummi dia takde lame sikit mesti tanyer... abah mane? nape tak blk? ummi ni mane tak balik2..

seterus....... bersambung

Ku Cari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman,
Kita Bongkar rahsia sunnah nabi,
Cari panduan,
Aku hidup kerana dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati dama abadi.

Oleh : DATUK SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI

Sajak ni bersempena dgn Majlis Pelancaran Buku Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi ; Bapa Pembangunan Modal Insan Negara
6 Julai 2010
Dewan Peperiksaan F2

Jom join sebok2 dan ramai2kan org...

Jom layan gambar2 di hari kejadian

Ketibaan disambut oleh pelajar UTHM


Pelancaran Buku Tun Abdullah Bapa Pembangunan Modal Insan Negara


Cenderahati untuk Tun Abdullah


Nyanyian 1Malaysia


Makan Time


Bersama Pegawai Kanan UTHM


Bersama urusetia.. Thanks semua

Wednesday, June 16, 2010

Muhasabah..

Setiap manusia yg ada di bumi ini tidak sempurna dan tiada yg sempurna.
Namun kita sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan. Dalam kita berusaha
mencapai kesempurnaan itu juga banyak perkara yang perlu dikorbankan.
Masa, wang ringgit, kasih sayang, keluarga dan kadangkala hati dan perasaan orang.
Sebaiknya dalam mencapai kesempurnaan dalam kehidupan, kita memilih jalan yang baik,
cara yang betul dan sudah pasti tidak membelakangkan tuntutan agama.

Pilihlah siapa pun untuk menjadi idola atau contoh terbaik yg boleh diikuti kerana
orang lain adalah cermin terbaik buat diri kita. Kalau kita tak suka org lain bersifat buruk,
kita juga jgnlah 'bersifat buruk' kpd org lain.

Hanya kerana hendak menjadi yang 'terbaik' lupa halal haram, tindas menindas, pentingkan diri sendiri.

Menerima setiap nasihat dan teguran dengan positif. Mana yang baik dijadikan ikutan..
mana yang buruk fikir-fikirkan..mungkin ada kebenarannya. Siapa tahu??
Jangan dibuang terus walau pun teguran itu 'buruk'.

Jika kita berjaya mencapai kesempurnaan dlm sesuatu perkara..
jgn mudah lupa diri apatah lagi bongkak...
Jika berada di atas.. ingatlah org di bawah.. ingat juga yang di ATAS sana
Jika berada di bawah.. ingat juga siapa di ATAS sana

Berusahalah menjadi yang terbaik dengan kaedah yang terbaik
Sudah pasti hasilnya juga terbaik
Insya Allah
Yang baik itu datangnya dari Allah
Yang buruk dan kurang itu dari diri saya sendiri

Tuesday, June 15, 2010

Kehilangan...

16 Jun 2010.. genap 40 hari arwah bapak meninggalkan kami sekeluarga...
Sampai saat ini aku masih tak dpt melupakan detik2 jenazah dimasukkan ke liang lahad..
terbayang lagi adik aku dan suamiku serta kariah masjid meletakkan arwah bapak ke liang...
Ya Allah.... dari tanah kita dijadikan kepada tanah juga kita dikembalikan...
Kalau dulu bila aku sekeluarga balik kg, arwah bapakla yg bukak pintu...
Takde lagila anak2 aku dengar atok dia org azan kat masjid hampir setiap waktu solat...
Kalau dulu sblm solat jumaat suara arwahla yg mengaji sampaila masuk waktu..
Skrg ni takde dah...

Macam manela makkan... aku percaya mak tabah..
Untuk adik beradik yang lain jgn lupa sentiasa sedekahkan
Al-Fatihah untuk arwah bapak kita...
Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg soleh.. amin...

Monday, June 14, 2010

Demam Bola Sepak


Cehhh... aku pun terjebak gak sikit-sikit... time world cup je la aku layan bola ni..
kalau tak hampeh.. time nih skill dia org mmg power..
Tahniah kat Korea Selatan.. team Asia terbaik..tggu plak Japan..
Dengan tengok World Cup ni gak mampu mengeratkan semangat kesukanan
ngan suamiku..hehe..
kali ni aku sokong sape eik.... emm... SPAIN plak lah..asyik Brazil jer..
Jom Layanzzz...