Thursday, August 12, 2010

Konvokesyen Ke 2 UNiSZA

Dalam kesibukan sempat aku meloloskan diri ke Terengganu tuk same2 dengan familyku sambut Hari Graduasi adek terChenta... bayar hutang, sebab dulu masa dia konvo diploma tak dapat join..so janji time degree kena gi.. amek..tengah sibuk program aku terjah jugak Terengganu Kito...

Melaram kat kereta Yang Di Pertuan Agong..Sultan Mizan

me, hubby, anak2 n adek terChenta

ni name nyer..amik gamba curik dalam dewan. Mane boleh..


Inila aku n all de family mamberss.. emm bapak je takde... so adek beradek semua turun padang... kasi gegar UNiSZA

Spesel tuk adEk TerChenta...nak sangat bunga ros..

AtiQah Syafiyah


Sebelum ni dah story de morning glory tentang anak no 1 sampaila yg no 3..ni turn si bongsu..


Naper si bongsu??? sebab dia paling kecik dan yang pasti inilah zuriat terakhirku.. dah 3 kali operationkan. Sendiri mau ingat, terus doktor suh tutup kedai.. Sebulan awal dah tau tarikh bila aku nak kena operation untuk lahirkan baby.. tarikh yang dipersetujui(sebenarnya Dr yang bagi) adalah 23 April 2009, nak lambat sehari tak boleh..nak cepat sikit aku plak yang rasa ter'cungap' nak sudahkan kerja.

Cabaran sungguh mengandung baby last ni. Stress dengan kerja.. emm portfolio barukan mase tu..Allah jua yang Maha mengetahui.. Terima kasih kerana mengurniakan suami yang memahami.. I luv u sayang...


Alhamdulillah baby selamat dilahirkan walaupun di operation.. tersentuh hati tengok muka baby Besar sungguh kurniaMu Ya Allah... seminggu berpantang mak abang yang jaga..tukang urut pun datang rumah.. baby tak banyak ragam tapi pergerakan aku sedikit terhad kerana sakit operation yang last ni agak memeritkan... Nama AtiQah Syafiyah ni dah ready dari awal...walaupun standby gak nama baby boy..tapi naluri ibu ni kuat mengatakan baby gulsss..

Sudah 2 pasang anak aku..Alhamdulillah..walaupun lepas ni dah tak boleh bersalin lagi, dah lengkap kurniaan Allah berikan ini. Semoga anak-anak ku menjadi anak yang soleh dan solehah..Aminnnn..


Sekarang ni Atiqah dah setahun 3 bulan..cam dah besar sangat.. chomeiii dan nakal..bijak n sarat ngan idea sekarang.. same naik cam abang n kakak dia... dah terror main gelongsor..

Macam manela biler empat anakku ini dah besar nanti..emm..xcited n risau gak..moga dipermudahkan segala urusan InsyaAllah...

Selamat Datang Ramadhan

Kebelakangan ni kesibukan sangat, nak corat coret kat blog pun tak sempat. Alhamdulillah Ramadhan datang lagi, kebiasaan nyer jadual kerja waktu di bulan puasa ni agak lapang sikit. Program kurang.. aku mulakan Ramadhan tahun ni dengan ambil cuti tuk rehatkan diri dan minda sejak Awal tahun sampaila Julai cam tak rehat...
Ramadhan tahun ni sebenarnya sedikit mencabar pasti nyer bukan untuk aku sahaja tapi juga seluruh ahli keluargaku.. sahur pertama aku dah sebak..ingat arwah bapak..emm kebiasaannya bapaklah yang semangat waktu Ramadhan, baik ketika sahur, berbuka, terawih dan aktiviti lain sepanjang puasa.. paling tak lupa pengat pisang dengan mee goreng... juadah wajib berbuka puasa bapak.. mak akan jadi insan yang paling terasa.. harapanku mak tabah hadapi semua ini.
4 hari sebelum 1 Ramadhan kami sekeluarga buat kenduri arwah bapak, terima kasih kepada semua yang hadir dan juga yang mengirimkan doa buat arwah bapak.. Allah jua yang membalasnya. Amin
Selamat Berpuasa, moga tabah menjalani ibadah puasa selama sebulan..dan sambung pula nanti puasa sunat enam. InsyaAllah