Sebelum ni dah story de morning glory tentang anak no 1 sampaila yg no 3..ni turn si bongsu..
Naper si bongsu??? sebab dia paling kecik dan yang pasti inilah zuriat terakhirku.. dah 3 kali operationkan. Sendiri mau ingat, terus doktor suh tutup kedai.. Sebulan awal dah tau tarikh bila aku nak kena operation untuk lahirkan baby.. tarikh yang dipersetujui(sebenarnya Dr yang bagi) adalah 23 April 2009, nak lambat sehari tak boleh..nak cepat sikit aku plak yang rasa ter'cungap' nak sudahkan kerja.
Cabaran sungguh mengandung baby last ni. Stress dengan kerja.. emm portfolio barukan mase tu..Allah jua yang Maha mengetahui.. Terima kasih kerana mengurniakan suami yang memahami.. I luv u sayang...
Alhamdulillah baby selamat dilahirkan walaupun di operation.. tersentuh hati tengok muka baby Besar sungguh kurniaMu Ya Allah... seminggu berpantang mak abang yang jaga..tukang urut pun datang rumah.. baby tak banyak ragam tapi pergerakan aku sedikit terhad kerana sakit operation yang last ni agak memeritkan... Nama AtiQah Syafiyah ni dah ready dari awal...walaupun standby gak nama baby boy..tapi naluri ibu ni kuat mengatakan baby gulsss..
Sudah 2 pasang anak aku..Alhamdulillah..walaupun lepas ni dah tak boleh bersalin lagi, dah lengkap kurniaan Allah berikan ini. Semoga anak-anak ku menjadi anak yang soleh dan solehah..Aminnnn..
Sekarang ni Atiqah dah setahun 3 bulan..cam dah besar sangat.. chomeiii dan nakal..bijak n sarat ngan idea sekarang.. same naik cam abang n kakak dia... dah terror main gelongsor..
Macam manela biler empat anakku ini dah besar nanti..emm..xcited n risau gak..moga dipermudahkan segala urusan InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment