Kebelakangan ni kesibukan sangat, nak corat coret kat blog pun tak sempat. Alhamdulillah Ramadhan datang lagi, kebiasaan nyer jadual kerja waktu di bulan puasa ni agak lapang sikit. Program kurang.. aku mulakan Ramadhan tahun ni dengan ambil cuti tuk rehatkan diri dan minda sejak Awal tahun sampaila Julai cam tak rehat...
Ramadhan tahun ni sebenarnya sedikit mencabar pasti nyer bukan untuk aku sahaja tapi juga seluruh ahli keluargaku.. sahur pertama aku dah sebak..ingat arwah bapak..emm kebiasaannya bapaklah yang semangat waktu Ramadhan, baik ketika sahur, berbuka, terawih dan aktiviti lain sepanjang puasa.. paling tak lupa pengat pisang dengan mee goreng... juadah wajib berbuka puasa bapak.. mak akan jadi insan yang paling terasa.. harapanku mak tabah hadapi semua ini.
4 hari sebelum 1 Ramadhan kami sekeluarga buat kenduri arwah bapak, terima kasih kepada semua yang hadir dan juga yang mengirimkan doa buat arwah bapak.. Allah jua yang membalasnya. Amin
Selamat Berpuasa, moga tabah menjalani ibadah puasa selama sebulan..dan sambung pula nanti puasa sunat enam. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment