Thursday, August 12, 2010

Konvokesyen Ke 2 UNiSZA

Dalam kesibukan sempat aku meloloskan diri ke Terengganu tuk same2 dengan familyku sambut Hari Graduasi adek terChenta... bayar hutang, sebab dulu masa dia konvo diploma tak dapat join..so janji time degree kena gi.. amek..tengah sibuk program aku terjah jugak Terengganu Kito...

Melaram kat kereta Yang Di Pertuan Agong..Sultan Mizan

me, hubby, anak2 n adek terChenta

ni name nyer..amik gamba curik dalam dewan. Mane boleh..


Inila aku n all de family mamberss.. emm bapak je takde... so adek beradek semua turun padang... kasi gegar UNiSZA

Spesel tuk adEk TerChenta...nak sangat bunga ros..

AtiQah Syafiyah


Sebelum ni dah story de morning glory tentang anak no 1 sampaila yg no 3..ni turn si bongsu..


Naper si bongsu??? sebab dia paling kecik dan yang pasti inilah zuriat terakhirku.. dah 3 kali operationkan. Sendiri mau ingat, terus doktor suh tutup kedai.. Sebulan awal dah tau tarikh bila aku nak kena operation untuk lahirkan baby.. tarikh yang dipersetujui(sebenarnya Dr yang bagi) adalah 23 April 2009, nak lambat sehari tak boleh..nak cepat sikit aku plak yang rasa ter'cungap' nak sudahkan kerja.

Cabaran sungguh mengandung baby last ni. Stress dengan kerja.. emm portfolio barukan mase tu..Allah jua yang Maha mengetahui.. Terima kasih kerana mengurniakan suami yang memahami.. I luv u sayang...


Alhamdulillah baby selamat dilahirkan walaupun di operation.. tersentuh hati tengok muka baby Besar sungguh kurniaMu Ya Allah... seminggu berpantang mak abang yang jaga..tukang urut pun datang rumah.. baby tak banyak ragam tapi pergerakan aku sedikit terhad kerana sakit operation yang last ni agak memeritkan... Nama AtiQah Syafiyah ni dah ready dari awal...walaupun standby gak nama baby boy..tapi naluri ibu ni kuat mengatakan baby gulsss..

Sudah 2 pasang anak aku..Alhamdulillah..walaupun lepas ni dah tak boleh bersalin lagi, dah lengkap kurniaan Allah berikan ini. Semoga anak-anak ku menjadi anak yang soleh dan solehah..Aminnnn..


Sekarang ni Atiqah dah setahun 3 bulan..cam dah besar sangat.. chomeiii dan nakal..bijak n sarat ngan idea sekarang.. same naik cam abang n kakak dia... dah terror main gelongsor..

Macam manela biler empat anakku ini dah besar nanti..emm..xcited n risau gak..moga dipermudahkan segala urusan InsyaAllah...

Selamat Datang Ramadhan

Kebelakangan ni kesibukan sangat, nak corat coret kat blog pun tak sempat. Alhamdulillah Ramadhan datang lagi, kebiasaan nyer jadual kerja waktu di bulan puasa ni agak lapang sikit. Program kurang.. aku mulakan Ramadhan tahun ni dengan ambil cuti tuk rehatkan diri dan minda sejak Awal tahun sampaila Julai cam tak rehat...
Ramadhan tahun ni sebenarnya sedikit mencabar pasti nyer bukan untuk aku sahaja tapi juga seluruh ahli keluargaku.. sahur pertama aku dah sebak..ingat arwah bapak..emm kebiasaannya bapaklah yang semangat waktu Ramadhan, baik ketika sahur, berbuka, terawih dan aktiviti lain sepanjang puasa.. paling tak lupa pengat pisang dengan mee goreng... juadah wajib berbuka puasa bapak.. mak akan jadi insan yang paling terasa.. harapanku mak tabah hadapi semua ini.
4 hari sebelum 1 Ramadhan kami sekeluarga buat kenduri arwah bapak, terima kasih kepada semua yang hadir dan juga yang mengirimkan doa buat arwah bapak.. Allah jua yang membalasnya. Amin
Selamat Berpuasa, moga tabah menjalani ibadah puasa selama sebulan..dan sambung pula nanti puasa sunat enam. InsyaAllah

Sunday, July 11, 2010

AfiQ HaiQaL


Cam tak caya nak dapat baby lagi hehe..iyerla ingat nak stop jap bila dah ade sepasang. Rezeki Allah nak bagi.. gi scan dah 5 bulan. kompem kena bebel ngan nurse bile nak buat kad nanti. Sudahnye dah 7 bulan baru aku buat kad tuk baby. Tu pun gi kat swasta, malas nak dgr nurse membebel... AfiQ ni dah terlebih 3 hari mase gi jumpa Dokktor, waktu scan baby tu doktor kate baby besar around 4kg... terus dia suh operation. tak bagi normal sbb dah ade history ceaser sebelum ni.. 9.30 peksa 10.30 masuk OT room 11.30 dah selamat baby keluar. Emmm... 'memang besar baby u' doktor cakap waktu baby dah dikeluarkan. 4.06kg...

AfiQ dah kena batuk n selsema lepas 4 hari lahir (jangkit abah dia demam)..sianla..nak minum susu pun payah sbb hidung sumbat, asyik tersedak je... kesian sgt minum susu sikit2 jer.. sedih sgt bila dia tak puas minum susu..lapar..

Sekarang ni dia yg paling kuat mkn...tengokla badan dah mcm Ahli Bina Badan hehe.. tak sangka boleh ade anak se debab ini.. kalau org tengok memamg tak caya anak akula.. mak n abah dia punyala 'slim river'... rezeki Allah.. Aminn..

Monday, June 28, 2010

Afiqah Najwa


Dari mula mengandung sampai sehari before bersalin duk cari nama tuk dia ni, sbb mmg tak scan utk tau baby gurl ke boy. Nama baby boy dah ada, nama baby gurl yg penin sikit. Waktu tu musim cerita "Bawang Putih Bawah Merah" ade gakla terkeluar idea nak bagi nama 'alya' si bawang merah.. hehe...
Sudahnya bila baby dah lahir barula dapat nama AFIQAH NAJWA. Aku suka sgt dgn nama ~najwa~ afiqah tu husband yg pilih. Nama panggilan 'wawa'.
kecik2 muka serius memanjang. La.. ni..mentel dia..emm.. semua benda nak warna pink.... bag sekolah nak pink... ade 'Barbie'. Wawa ni gigi sepesyen ngan Aniq... kena mkn tikus.. mulut tak berhenti bercakap. Dalam tido mimpi 'bercakap' gak.. Orang kate dah besar 'pendiam'

Wawa ni cipta sejarah..dlm 4 beradik, dia je la yg lahir normal..pastu kuar2 4.07kg.. emm sakan ;).

Thursday, June 24, 2010

Aniq Fathullah

Ni permata hati pertama... umur 5 tahun
baru tadika.. Aniq ni sensitif sikit.... mudah menangis... mudah gak ketawa... kulit pun sensitif... dah kena rendam dlm kolam air panas kat Baling, Kedah baru nmpk ok sikit.
Kalau tak kesian tengok kulit dia...

Aniq ni masalah paling besar dia adalah.. susah nak mkn, lagi-lagi nasi.. mkn 4 ke 5 suap je nasi.. tapi suka mkn roti..
pagi petang siang mlm mintak roti n kaya.. kalau roti takde dia bedal kaya jer... tu yg gigi pun naik ranap...

Kalau abah ngan ummi dia takde lame sikit mesti tanyer... abah mane? nape tak blk? ummi ni mane tak balik2..

seterus....... bersambung

Ku Cari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman,
Kita Bongkar rahsia sunnah nabi,
Cari panduan,
Aku hidup kerana dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati dama abadi.

Oleh : DATUK SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI

Sajak ni bersempena dgn Majlis Pelancaran Buku Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi ; Bapa Pembangunan Modal Insan Negara
6 Julai 2010
Dewan Peperiksaan F2

Jom join sebok2 dan ramai2kan org...

Jom layan gambar2 di hari kejadian

Ketibaan disambut oleh pelajar UTHM


Pelancaran Buku Tun Abdullah Bapa Pembangunan Modal Insan Negara


Cenderahati untuk Tun Abdullah


Nyanyian 1Malaysia


Makan Time


Bersama Pegawai Kanan UTHM


Bersama urusetia.. Thanks semua